Friday, March 9, 2012

Aku Kesunyian

Kini aku kesunyian
Sunyi tanpa dirimu
Yang pergi meninggalkan diriku
Tanpa alasan mahupun pesan


Aku sunyi tanpa gelak tawamu
Tangisanmu pabila aku menyakiti hatimu
Aku rindu senyumanmu yang manis
Bersama lesung pipit dipipimu
Mengapa dikau pergi dariku..??


Aku berasa bersalah
Kerana telah melukai hatimu
Dan membuat dikau menangis
Namun kau tetap menerimaku
Walaupun aku telah melukai dirimu
Kini aku amat menyesali perbuatanku
Aku merinduimu sayang...


Aku mengharapkan agar dikau
Kembali menghiasi hidupku
Dengan senyum tawa dan
Kata-katamu
Aku berharap agar
Dapat menemanimu
Dikala dikau gembira
Mahupun berduka...

MAAFKAN AKU SAYANG...

No comments:

Post a Comment