Berikan aku kemaafan...
SUARA Hafiz yang penuh harapan itu bagai bergema di ruang kepala Rahimah. Semenjak limabelas tahun lalu Hafiz sudah mengharap demikian. Entah mengapa berat sungguh lidahnya menutur jawapan.
Namun yang pasti kata-kata itu bagai tersangkut di rengkung leher. Berat sangatkah perkataan maaf itu. sehingga dia gagal menuturkan di depan Hafiz?
"Dengan ini sudah lima belas kali abang pohonkan kemaafan sempena hari mulia, dan beribu-ribu kali melalui surat-surat yang abang kirimkan untuk Imah. Berat sangatkan kata-kata maaf itu, sukarkah menuliskan sebaris ayat untuk kemaafan ini"
Surat terbaru kiriman Hafiz terjatuh di hujung kaki. Rahimah menghampiri jendela dan memandang laut terbentang di hadapannya. Lima belas tahun berlalu bagai larian waktu yang pantas. Ada kalanya Rahimah ingin membiarkan sahaja waktu itu pergi. Di kala yang lain pula ia bagai terkapai-kapai ingin meraihnya. Sampai bilakah dia harus membiarkan Hafiz begitu? Dihukum rasa bersalah, didera rasa kecewa. Wajarkah hukuman untuk Hafiz dibiarkan berpanjangan?
Suara ombak menerpa pendengaran beberapa kali. Jeritan camar kadangkala mengejutkan lamunan. Namun kenangan tujuh belas tahun itu masih kental dalam ingatan. Bagaimanakah Rahimah mampu melontarkan kenangan itu jika ia sememangnya pahit dan amat menyakitkan?
"Apa salah Imah bang? Apa salah anak-anak?," Rahimah terpaku mendengar lafasan cerai Hafiz.
"Jangan tanya apa salah Imah. Tanya pada diri Imah sendiri!," kuat Hafiz menengking.
Jeritannya dapat didengar ke seluruh Villa Seri Bayu milik Datin Khamsiah ibu mentuanya Datin Khamsiah datang tergopoh gapah.
"Ada apa ni Hafiz, Imah?," soal orang tua itu termangu.
"Imah, kenapa menangis ni?," soal Datin Khamsiah lagi.
"Emak tak perlu campur urusan kami," jerkah Hafiz kuat.
"Amboi! Soal anak beranak ni kau kata aku tak perlu campur," jengil Datin Khamsiah pula.
"Apa halnya Imah?," soal Datin Khamsiah lembut.
"Hafiz ceraikan saya mak," sayu suara Rahimah mengadu. Datin Khamsiah terperanjat yang amat sangat.
"Kau gila Hafiz? Kau ceraikan Rahimah?," soal Datin Khamsiah penuh kecewa.
"Saya tak boleh hidup dengan manusia hipokrit, curang dan pandai bermuka-muka."
"Apa maksud kau ni Hafiz?"
"Mak tanya Rahimah sendiri. Siapa lelaki yang selalu menghubunginya, siapa lelaki yang selalu ditemuinya secara sembunyi-sembunyi, dan siapa lelaki yang dipanggil pakcik oleh Anna dan Nini?"
"Betulkah semua ini Imah?," Datin Khamsiah kecewa, Rahimah terpaksa mengangguk.
"Tetapi Imah tak berlaku curang, sumpah mak, Imah tak pernah lakukan," ujar Rahimah merayu. Hafiz menolehkan mukanya ke tempat lain. Anna dan Nini memeluk kaki ibunya bagai tidak mahu terpisah.
"Kau terburu-buru Hafiz. Cuba selidik dulu, siasat dulu. Ini tidak terus buat keputusan," tengking Datin Khamsiah. Hafiz tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Rahimah memimpin anak-anak ke bilik dan mula mengemas pakaian. Datin Khamsiah masuk.
"Imah nak ke mana?" soal ibu mentuanya.
"Imah nak balik kampung. Tak ada gunanya Imah tunggu di sini," ujar Rahimah sambil tersedu-sedu.
"Besok kan Hari raya, takkan Imah nak bermalam raya dalam perjalanan," pujuk ibu mentuanya.
"Tak apalah mak, tak ada ertinya hari raya ini lagi," jawab Rahimah.
Selesai berkemas Rahimah terus 'keluar dari Villa Seri Bayu. Walaupun Datin Khamsiah berhasrat untuk menghantar ke stesyen keretapi tetapi Rahimah menolak.
Datin Khamsiah meletakkan beberapa helai ringgit ke tapak tangan Rahimah. Pada mulanya Rahimah menolak, tetapi Datin Khamsiah bertegas, untuk belanja cucu-cucunya, ujar ibu mentuanya. Tangisan Datin Khamsiah mengiringi pemergian Rahimah dan dua anaknya. Sedang Hafiz, sedikitpun tidak menghiraukan Rahimah meredah malam bersama dua anaknya itu.
Takbir Aidilfitri menyambut ketibaan Rahimah di perkampungan nelayan Pulau Indah. Ibunya begitu terkejut melihat Rahimah tiba selepas subuh.
"Mana Hafiz? soal Mak Limah gugup. Rahimah membisu. Anak-anaknya yang masih mengantuk mula merengek.
"Ini mesti bergaduh lagi ,dengan Hafiz ni," ujar Mak Limah sambil menyambut beg-beg pakaian yang dihulurkan oleh Rahimah. Mak Limah memimpin cucu-cucunya ke dalam bilik. Rahimah tidak dapat menahan air matanya sebaik sahaja masuk ke bilik, Mak Limah semakin tidak mengerti.
"Papa pukul mama," tiba-tiba Anna mengadu. Mak Limah terkejut. Rahimah segera menarik anaknya.
"Apa halnya ni Imah?," soal Mak Limah lagi.
"Kami dah berpisah mak," ujar Rahimah dalam kesedihan.
"Berpisah? Berpisah yang macam mana?;" soal Mak Limah lagi.
"Dia ceraikan Imah mak!," ujar Rahimah, tidak mahu berselindung- selindung lagi.
Mak Limah terdiam. Tetapi dada nya menjadi sebak.
"Sebab Halim agaknya?" ujar Mak Limah. Rahimah mengangguk. Mak Limah hanya mampu termangu.
"Mak tak sangka, Hafiz sanggup ceraikan kau kerana Halim," ujar Mak Limah.
"Dia marah Imah jumpa Halim."
"Kau tak beritahu dia hal sebenar nya?" Rahimah menggeleng.
"Tapi Imah ada beritahu Hafiz yang Halim itu saudara Imah. Dia tak mahu percaya dan tuduh Imah yang bukan-bukan."
"Ini kesalahan mak juga Imah. Kalaulah kau berterus terang...," ujar Mak Limah sayu.
"Tak apalah mak...lmah tak mahu salahkan sesiapa. Perkara dah terlanjur," ujar Rahimah sayu. Bayangan wajah abangnya Halim segera menerpa di benak. Siapapun tidak akan menyukai bekas pembunuh yang terpaksa menghabiskan waktu dua puluh tahun di penjara. Apatah lagi keluarga Hafiz yang terpandang itu. Siapa yang suka bermenantukan adik seorang pembunuh? Hafiz lebih-lebihlah lagi, sudah pasti malu mengakui Halim abang iparnya. Untuk mengelakkan segala kemungkinan itu, Mak Limah terpaksa meminta Rahimah menyembunyikan identiti Halim. Apatah lagi sebelum ini Hafiz tidak pemah diberitahu tentang Halim yang sedang merengkok di penjara ketika mereka mula-mula berkahwin dahulu.
Namun sebagai adik, keinginan bertemu abang kandung sentiasa membara. Tanpa pengetahuan Hafiz Rahimah berjumpa Halim secara sembunyi-sembunyi. Malangnya pertemuan itu dapat dihidu oleh Hafiz melalui kawan-kawannya yang beberapa kali terserempak dengan Rahimah. Dan belum pun sempat Rahimah berlerus terang, Hafiz terlebih dahulu mencari jalan keluar yang amat singkat.
"Abang mana mak?," tiba-tiba Rahimah pula bertanya.
"Pagi lagi Halim dengan abah kau ke masjid," Rahimah menarik nafas.
Raut wajah abangnya yang tenang segera menerpa di benaknya.
"Jangan salahkan Halim, Imah. Mak yang bersalah. Mak yang beria-ia sangat minta kau rahsiakan segala-galanya dari Hafiz dan keluarganya, maafkan mak Imah," lembut tutur Mak Limah. Tetapi Rahimah segera menafikan kata-kata ibunya.
"Kalau bukan kerana abang pun mungkin Hafiz memang nak ceraikan saya. Itu hanya alasan sahaja mak," ujar Rahimah. Namun dia tidak mahu bercerita lanjut. Kalau Hafiz, sebesar manapun kesalahannya yang nyata dan jelas, senang sahaja ditutupi kerana dia lelaki. Tetapi Rahimah, kesilapan yang belum pasti itu dijadikan alasan untuk menyingkirkannya dari hidup keluarga Datin Khamsiah.
Bukan Rahimah tidak tahu hubungan Hafiz dengan Marlia setiausahanya. Bukan Rahimah tidak perasan. Banyak yang memberitahu Rahimah tentang hubungan itu. Hujung minggu Hafiz jarang di rumah. Keluar daerah menjadi alasannya. Tetapi dalam diam-diam dia keluar daerah bersarna Marlia. Berhujung minggu bersarna Marlia. Malah sering juga bermalam minggu dengan setiausahanya itu.
Tetapi setiap kali Rahimah bertanya, setiap kali pulalah haknya sebagai isteri dinafikan oleh Hafiz. Akhimya Rahimah mendiamkan diri. Hendak mengadu pada mentua takut pula dituduh sebagai menantu yang tidak mengenang jasa. Ibu mana yang sanggup menerima keburukan anak sendiri.
"Sudahlah mak. Imah tak kesal diceraikan. Imah tahu, Imah tidak bersalah," ujar Rahimah memujuk Mak Limah yang sedang bermuram.
Pak Habib turut termenung selepas diberitahu pekara sebenar.
Sebaik sahaja selesai mengerjakan sembahyang Maghrib, Mak Limah memberitahu perkara sebenar. Hilang rasanya penat seharian Pak Habib melayani tetamu sebaik sahaja mendengar berita itu.
"Betul ke ni Mah?," soal Pak Habib berkali-kali. Mak Limah mengangguk. "Patutlah dia tak jawab bila saya tanya pasal Hafiz," sambung Pak Habib.
"Ini semua salah kita bang. Kita yang beria-ia sangat minta Rahimah rahsiakan siapa Halim," tangisMak Limah.
"Kalau kita beritahu keluarga Datin tu yang Halim pernah bunuh orang, mesti dia tak terima Rahimah jadi menantu," ujar Pak Habib. Mak Limah diam. Nampaknya keputusan yang di buat oleh mereka suami isteri kini menjadi bala kepada Rahimah." Kalau begitu terpaksalah kita berterus terang kepada Hafiz," ujar Pak Habib. Mak Limah hanya mengangguk. "Kalau Datin tu tak terima Rahimah pun, apa nak buat. Hafiz pun dah ceraikan Imah, apa yang kita patut buat sekarang ialah bersihkan nama Imah. Jadi janda pun jandalah, asalkan nama Imah tak tercemar," tegas Pak Habib.
"Mak, ayah tak payah bersusah payah kerana Imah," tiba-tiba Rahimah menyampuk. "Jodoh saya dengan Hafiz dah tak ada. Buat apa nak ceritakan keburukan keluarga kita pada orang yang memang dah benci kita," kata Rahimah.
"Ini soal maruah kau Imah. Kalau kita tidak berterus terang, sampai bilabila pun Hafiz anggap kau curang," jelas Mak Limah.
'Dia tak akan berubah dengan penjelasan kita nanti mak. Dia cerai Imah bukan hanya kerana pertemuan sulit Imah dengan abang, tapi kerana dia nak kahwin dengan Marlia," beri Rahimah. Mak Limah dan Pak H berpandangan.
"Jadi kau suka kalau kita mendiam kan diri sahaja walaupun Hafiz dah ceraikan kau," soal Pak Habib. Rahir mengangguk. Pak Habib menarik nafas panjang.
Hari-hari yang dilalui Rahimah rasa sangat lambat. Airmata, ombak pantai dan laut, merupakan teman setianya saat dia melayan duka. Mengapakah Hafiz bertindak begitu kejam sekali?
Tanpa diduga, Datin Khamsiah muncul pada hari raya ketiga. Kedatangan yang tidak diduga mengejutkan Rahimah. Anna dan Nini berlari-lari menyambut dan menerpa ke arah Datin Khamsiah. Selepas menciun kedua-dua cucunya, Datin Khamsiah terus memeluk Rahimah.
"Maafkan mak Imah. Mak dah tahu segala-galanya, " ujar Datin Khamsiah.
"Mak dah tahu? Tahu apa?,' soal Rahimah.
"Pasal abang kau, Halim!."
Rahimah memandang ibu dan ayahnya yang juga sedang kebingungan.
"Siapa yang beritahu mak?," soal Rahimah.
"Abang yang beritahu sendiri," tiba-tiba Halim menyampuk di belakangnya. "Abang dah ceritakan pada Hafiz dan Datin Khamsiah, apa yang berlaku. Abang tak mahu melihat kehancuran rumahtangga Imah berterusan. Abang bertanggungjawab atas apa yang berlaku," ujar Halim panjang lebar.
"Mengapa Imah tak ceritakan pada mak, nak?," soal Datin Khamsiah pula. "Apa Imah nak bimbangkan, mak tak seperti yang Imah sangkakan," tangis Datin Khamsiah.
"Ini soal maruah keluarga mak. Imah, emak, abah dan abang Halim sendiri tidak mahu mencemarkan nama baik keluarga mak dengan peristiwa yang menimpa kami," ujar Rahimah.
"Kau silap Imah. Mak tak pandang itu semua. Yang mak pentingkan kejujuran dan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," ujar Datin Khamsiah. Semakin terharu Mak Limah mendengar kata- kata besannya.
"Mak mungkin boleh menerimanya, tapi Hafiz...". Datin Khamsiah memeluk menantunya kembali.
"Percayalah Imah, mak akan pujuk Hafiz untuk menjemput kau dengan anak-anak. Selepas dia tahu hal sebenarnya, mak harap dia sedar akan kesilapannya. Mak janji akan memujuk Hafiz..."
Rahimah berpegang kepada kata- kata ibu mentuanya. Biarpun hatinya sakit tetapi dia mengharap Hafiz akan datang menjemputnya, seperti janji Datin Khamsiah. Seminggu berlalu, sebulan beredar, setahun menunggu, bayang wajah Hafiz tidak kelihatan langsung. Jangankan menjemput, sepucuk surat pun tiada dikirim. Hanya surat dan wang kiriman nafkah yang diberi melalui mahkamah, tiba ke ribaan Ra himah setiap bulan. Rahimah puas menjeruk rasa. Puan memendam duka. Anna dan Nini sibuk bertanya di mana papanya. Mak Limah dan Pak Habib turut bertanya mengapa Hafiz belum datang-datang juga
"Lupakanlah Hafiz tu mak. Memang Imah dah jangka, dia ceraikan Imah bukan hanya kerana abang," ujar Rahimah perlahan. Sekarang Imah mahu lupakan segala-galanya. Imah tak mahu ingatkan dia lagi," tekad Rahimah menentang takdir hidup yang mendukakan itu. Bersama Anna dan Nini, Rahimah mendepani cabaran yang bukan sedikit pahitnya. Hinggalah dua tahun kemudian di pagi Aidilfitri Hafiz datang bersama Datin Khamsiah ke teratak buruk keluarga Rahimah.
"Abang datang nak bawa Imah pulang," lafas Hafiz lembut penuh mengharap.
Rahimah hanya mampu tersenyum sinis. Meluat dia mendengar kata-kata bekas suaminya.
"Dah terlambat bang. Kalau dua tahun dulu abang pujuk Imah, mungkin Imah boleh menerima. Tetapi sekarang, dah terlambat... " tegas Rahimah bersuara.
"Demi anak-anak kita Imah..."
"Bukan! Bukan demi anak-anak kita. Tapi demi ego abang, Imah tak sanggup hidup dengan ego abang tu," keras suara Rahimah. Hafiz tunduk memandang pasir pantai.
"Abang tahu abang bersalah. Kini abang menyesal Imah. Marlia bukan isteri yang baik. Hanya kau Imah, hanya kau...," pujuk Hafiz lagi. Keras hati Rahimah tidak terpujuk lagi. Air mata Datin Khamsiah juga gagal melembutkan hati Rahimah di saat itu. Akhirnya Hafiz pulang dengan kehampaan. Beratusratus pucuk surat dikirim memujuk Rahimah, atau sesekali datang menjenguk ariak-anak, namun Rahimah tetap bertegas dengan pendiriannya.
Menghulurkan kata-kata maaf untuk Hafiz memang berat rasanya. Biarpun dalam setiap surat yang dikirim.Hafiz terus memohon kata maaf, tetapi tidak pemah Rahimah membalas dan menghulurkan kemaafan itu. Hiriggalah lima belas tahun berlalu dan anak-anak meningkat dewasa, Rahimah masih tidak dapat menghulur kata maaf itu.
"Mama buat apa di sini, puas Nini cari mama," tiba-tiba anak gadisnya yang berusia sembi!an belas tahun itu. memeluknya dari belakang. .
"Maafkan mama sayang," ujar Rahimah menatap wajah anak gadisnya.
"Kak long tak balik raya tahun ni mama?," soal gadis manis itu.
"Kak long tu baru setahun di Amerika, mana boleh balik," ujar Rahimah.
"Papa datang tak agaknya?," soal gadis yang keletah itu lagi.
"Entahlah Nini.."
"Kalau papa datang, mahu tak mama maafkan?," soal Nini mengharap penjelasan. Rahimah diam. Dia sedar kini, anak gadisnya itu sudah cukup dewasa untuk memahami segala-galanya. . ..
"Mama, mahu tak mama maafkan papa?," soal Nini lagi.
"Susah mama nak jawab," ujar Rahimah.
"Kesian papa, rupa-rupanya dah lima belas tahun papa minta maaf,." .
"Mana Nini tahu?"
"Maaf mama, Nini terbaca kad raya yang papa kirimkan," ujar Nini. Rahimah diam. Kemarahan berputik di ,hatinya. Tetapi dia tidak mahu menyalahkan anak gadisnya itu. Nini berhak mengetahui apa yang terjadi.
"Mama, mama maafkan tak papa?"
"Mama tak boleh jawab..:"
'Tolong maafkan papa..."
"Nini tak faham..."
"Nini faham mama. Tapi, dia kan ayah Nini...," ujar Nini memujuk." Mama sudi maafkan papa?"
Rahimah hanya mengangguk perlahan. Tetapi lafasan maaf itu masih tersengkang di kerongkongnya.
"Kalau macam tu, mari ikut Nini...," ujar gadis keletah itu memimpin tangan ibunya. Rahimah benar-benar terperanjat sebaik sahaja sampai di muka pintu. Hafiz tercegat di depannya dalam keadaan yang sungguh menghibakan. Rambut Hafiz putih sekepala, misai dan janggutnya meliar di pipi dan dagu. Renungan matanya sungguh redup dari matanya yang cengkung itu.
"Papa datang nak berhari raya dengan kita," ujar Nini. Kemudian gadis itu masuk semula ke dalam rumah, membiarkan mama dan papanya bersua muka, meluah bicara.
"Kali ini abang datang sendiri untuk meminta maaf dari Imah..." ujar Hafiz sambil menghulurkan tangan. "Mudah mudahan Imah sanggup maafkan abang," ujar Hafiz lagi. Rahimah tidak sampai hati membiarkan tangan Hafiz yang dihulur begitu. Dia menyambut tangan itu dengan perlahan. Namun kemaafan itu tetap sukar dilafazkan