Kukira jalanku betul,
dan langkahku tepat,
tapi hakikatnya aku salah,
dan aku tersesat.
Kukira aku berenang dilaut,
dan terbang di awan lepas,
tapi rupanya aku diburu kemelut,
dan aku tewas.
(II)
Sayang,
maafkanlah,
andainya aku mengganggu,
tidurmu nan lena.
Esok,
lepas kau sedar,
bahawa aku tiada lagi di sisi,
anggaplah aku sudah pergi.
Tapi,
andai masih ada bayangku lagi,
usah kau biarkan tanpa hala,
kutip dan lepaskan aku kembali ke laut