Wednesday, November 17, 2010

Berikan aku kemaafan...

Berikan aku kemaafan...


SUARA Hafiz yang penuh harapan itu bagai bergema di ruang kepala Rahimah. Semenjak limabelas tahun lalu Hafiz sudah mengharap demikian. Entah mengapa berat sung­guh lidahnya menutur jawapan.

Namun yang pasti kata-kata itu ba­gai tersangkut di rengkung leher. Berat sangatkah perkataan maaf itu. sehingga dia gagal menuturkan di depan Hafiz?


"Dengan ini sudah lima belas kali abang pohonkan kemaafan sempena hari mulia, dan beribu-ribu kali melalui surat-surat yang abang kirimkan untuk Imah. Berat sangatkan kata-kata maaf itu, sukarkah menuliskan sebaris ayat untuk kemaafan ini"

Surat terbaru kiriman Hafiz terja­tuh di hujung kaki. Rahimah meng­hampiri jendela dan memandang laut terbentang di hadapannya. Lima belas tahun berlalu bagai larian waktu yang pantas. Ada kalanya Rahimah ingin membiarkan sahaja waktu itu pergi. Di kala yang lain pula ia bagai terkapai-ka­pai ingin meraihnya. Sampai bilakah dia harus membiarkan Hafiz begitu? Dihukum rasa bersalah, didera rasa ke­cewa. Wajarkah hukuman untuk Hafiz dibiarkan berpanjangan?

Suara ombak menerpa pendengar­an beberapa kali. Jeritan camar ka­dangkala mengejutkan lamunan. Na­mun kenangan tujuh belas tahun itu masih kental dalam ingatan. Bagaima­nakah Rahimah mampu melontarkan kenangan itu jika ia sememangnya pa­hit dan amat menyakitkan?

"Apa salah Imah bang? Apa salah anak-anak?," Rahimah terpaku mende­ngar lafasan cerai Hafiz.

"Jangan tanya apa salah Imah. Ta­nya pada diri Imah sendiri!," kuat Ha­fiz menengking.

Jeritannya dapat di­dengar ke seluruh Villa Seri Bayu milik Datin Khamsiah ibu mentuanya Datin Khamsiah datang tergopoh gapah.

"Ada apa ni Hafiz, Imah?," soal orang tua itu termangu.

"Imah, kenapa menangis ni?," soal Datin Khamsiah lagi.

"Emak tak perlu campur urusan ka­mi," jerkah Hafiz kuat.

"Amboi! Soal anak beranak ni kau kata aku tak perlu campur," jengil Da­tin Khamsiah pula.

"Apa halnya Imah?," soal Datin Khamsiah lembut.

"Hafiz ceraikan saya mak," sayu suara Rahimah mengadu. Datin Kham­siah terperanjat yang amat sangat.

"Kau gila Hafiz? Kau ceraikan Ra­himah?," soal Datin Khamsiah penuh kecewa.

"Saya tak boleh hidup dengan ma­nusia hipokrit, curang dan pandai ber­muka-muka."

"Apa maksud kau ni Hafiz?"

"Mak tanya Rahimah sendiri. Siapa lelaki yang selalu menghubunginya, siapa lelaki yang selalu ditemuinya secara sembunyi-sembunyi, dan siapa lelaki yang dipanggil pakcik oleh Anna dan Nini?"

"Betulkah semua ini Imah?," Datin Khamsiah kecewa, Rahimah terpaksa mengangguk.

"Tetapi Imah tak berlaku curang, sumpah mak, Imah tak pernah laku­kan," ujar Rahimah merayu. Hafiz me­nolehkan mukanya ke tempat lain. Anna dan Nini memeluk kaki ibunya bagai tidak mahu terpisah.

"Kau terburu-buru Hafiz. Cuba se­lidik dulu, siasat dulu. Ini tidak terus buat keputusan," tengking Datin Khamsiah. Hafiz tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Rahimah memimpin anak-anak ke bilik dan mula mengemas pakaian. Datin Khamsiah masuk.

"Imah nak ke mana?" soal ibu mentuanya.

"Imah nak balik kampung. Tak ada gunanya Imah tunggu di sini," ujar Ra­himah sambil tersedu-sedu.

"Besok kan Hari raya, takkan Imah nak bermalam raya dalam perjalanan," pujuk ibu mentuanya.

"Tak apalah mak, tak ada ertinya hari raya ini lagi," jawab Rahimah.

Selesai berkemas Rahimah terus 'keluar dari Villa Seri Bayu. Walaupun Datin Khamsiah berhasrat untuk menghantar ke stesyen keretapi tetapi Rahimah me­nolak.

Datin Khamsiah meletakkan beber­apa helai ringgit ke tapak tangan Rahi­mah. Pada mulanya Rahimah menolak, tetapi Datin Khamsiah bertegas, untuk belanja cucu-cucunya, ujar ibu men­tuanya. Tangisan Datin Khamsiah me­ngiringi pemergian Rahimah dan dua anaknya. Sedang Hafiz, sedikitpun ti­dak menghiraukan Rahimah meredah malam bersama dua anaknya itu.

Takbir Aidilfitri menyambut ketiba­an Rahimah di perkampungan nelayan Pulau Indah. Ibunya begitu terkejut melihat Rahimah tiba selepas subuh.

"Mana Hafiz? soal Mak Limah gu­gup. Rahimah membisu. Anak-anaknya yang masih mengantuk mula mere­ngek.

"Ini mesti bergaduh lagi ,dengan Hafiz ni," ujar Mak Limah sambil me­nyambut beg-beg pakaian yang dihu­lurkan oleh Rahimah. Mak Limah me­mimpin cucu-cucunya ke dalam bilik. Rahimah tidak dapat menahan air matanya sebaik sahaja masuk ke bilik, Mak Limah semakin tidak mengerti.

"Papa pukul mama," tiba-tiba Anna mengadu. Mak Limah terkejut. Rahi­mah segera menarik anaknya.

"Apa halnya ni Imah?," soal Mak Limah lagi.

"Kami dah berpisah mak," ujar Rahimah dalam kesedihan.

"Berpisah? Berpisah yang macam mana?;" soal Mak Limah lagi.

"Dia ceraikan Imah mak!," ujar Rahimah, tidak mahu berselindung- se­lindung lagi.

Mak Limah terdiam. Tetapi dada­ nya menjadi sebak.

"Sebab Halim agaknya?" ujar Mak Limah. Rahimah mengangguk. Mak Li­mah hanya mampu termangu.

"Mak tak sangka, Hafiz sanggup ce­raikan kau kerana Halim," ujar Mak Limah.

"Dia marah Imah jumpa Halim."

"Kau tak beritahu dia hal sebenar­ nya?" Rahimah menggeleng.

"Tapi Imah ada beritahu Hafiz yang Halim itu saudara Imah. Dia tak mahu percaya dan tuduh Imah yang bukan-­bukan."

"Ini kesalahan mak juga Imah. Ka­laulah kau berterus terang...," ujar Mak Limah sayu.

"Tak apalah mak...lmah tak mahu salahkan sesiapa. Perkara dah terlanjur," ujar Rahimah sayu. Bayangan wajah abangnya Halim segera menerpa di be­nak. Siapapun tidak akan menyukai be­kas pembunuh yang terpaksa mengha­biskan waktu dua puluh tahun di pen­jara. Apatah lagi keluarga Hafiz yang terpandang itu. Siapa yang suka berme­nantukan adik seorang pembunuh? Hafiz lebih-lebihlah lagi, sudah pasti malu mengakui Halim abang iparnya. Untuk mengelakkan segala kemungki­nan itu, Mak Limah terpaksa meminta Rahimah menyembunyikan identiti Halim. Apatah lagi sebelum ini Hafiz tidak pemah diberitahu tentang Halim yang sedang merengkok di penjara ke­tika mereka mula-mula berkahwin da­hulu.

Namun sebagai adik, keinginan bertemu abang kandung sentiasa mem­bara. Tanpa pengetahuan Hafiz Rahi­mah berjumpa Halim secara sembunyi-­sembunyi. Malangnya pertemuan itu dapat dihidu oleh Hafiz melalui kawan-­kawannya yang beberapa kali terserem­pak dengan Rahimah. Dan belum pun sempat Rahimah berlerus terang, Hafiz terlebih dahulu mencari jalan keluar yang amat singkat.

"Abang mana mak?," tiba-tiba Rahi­mah pula bertanya.

"Pagi lagi Halim dengan abah kau ke masjid," Rahimah menarik nafas.

Raut wajah abangnya yang tenang segera menerpa di benaknya.

"Jangan salahkan Halim, Imah. Mak yang bersalah. Mak yang beria-ia sangat minta kau rahsiakan segala-gala­nya dari Hafiz dan keluarganya, maaf­kan mak Imah," lembut tutur Mak Li­mah. Tetapi Rahimah segera menafi­kan kata-kata ibunya.

"Kalau bukan kerana abang pun mungkin Hafiz memang nak ceraikan saya. Itu hanya alasan sahaja mak," ujar Rahimah. Namun dia tidak mahu ber­cerita lanjut. Kalau Hafiz, sebesar ma­napun kesalahannya yang nyata dan jelas, senang sahaja ditutupi kerana dia lelaki. Tetapi Rahimah, kesilapan yang belum pasti itu dijadikan alasan untuk menyingkirkannya dari hidup keluarga Datin Khamsiah.

Bukan Rahimah tidak tahu hubu­ngan Hafiz dengan Marlia setiausaha­nya. Bukan Rahimah tidak perasan. Banyak yang memberitahu Rahi­mah tentang hubungan itu. Hujung minggu Hafiz jarang di rumah. Keluar daerah menjadi alasannya. Tetapi da­lam diam-diam dia keluar daerah ber­sarna Marlia. Berhujung minggu ber­sarna Marlia. Malah sering juga berma­lam minggu dengan setiausahanya itu.

Tetapi setiap kali Rahimah berta­nya, setiap kali pulalah haknya sebagai isteri dinafikan oleh Hafiz. Akhimya Rahimah mendiamkan diri. Hendak mengadu pada mentua takut pula dituduh sebagai menantu yang tidak mengenang jasa. Ibu mana yang sang­gup menerima keburukan anak sendiri.

"Sudahlah mak. Imah tak kesal di­ceraikan. Imah tahu, Imah tidak ber­salah," ujar Rahimah memujuk Mak Li­mah yang sedang bermuram.

Pak Habib turut termenung selepas diberitahu pekara sebenar.

Sebaik sahaja selesai mengerjakan sembahyang Maghrib, Mak Limah memberitahu perkara sebenar. Hilang rasanya penat seharian Pak Habib me­layani tetamu sebaik sahaja mendengar berita itu.

"Betul ke ni Mah?," soal Pak Habib berkali-kali. Mak Limah mengangguk. "Patutlah dia tak jawab bila saya tanya pasal Hafiz," sambung Pak Habib.

"Ini semua salah kita bang. Kita yang beria-ia sangat minta Rahimah rahsiakan siapa Halim," tangisMak Limah.

"Kalau kita beritahu keluarga Datin tu yang Halim pernah bunuh orang, mesti dia tak terima Rahimah jadi me­nantu," ujar Pak Habib. Mak Limah diam. Nampaknya keputusan yang di buat oleh mereka suami isteri kini menjadi bala kepada Rahimah." Kalau begitu terpaksalah kita berterus terang kepada Hafiz," ujar Pak Habib. Mak Limah hanya mengangguk. "Kalau Da­tin tu tak terima Rahimah pun, apa nak buat. Hafiz pun dah ceraikan Imah, apa yang kita patut buat sekarang ialah ber­sihkan nama Imah. Jadi janda pun jan­dalah, asalkan nama Imah tak terce­mar," tegas Pak Habib.

"Mak, ayah tak payah bersusah pa­yah kerana Imah," tiba-tiba Rahimah menyampuk. "Jodoh saya dengan Hafiz dah tak ada. Buat apa nak ceritakan ke­burukan keluarga kita pada orang yang memang dah benci kita," kata Rahi­mah.

"Ini soal maruah kau Imah. Kalau kita tidak berterus terang, sampai bila­bila pun Hafiz anggap kau curang," je­las Mak Limah.

'Dia tak akan berubah dengan pen­jelasan kita nanti mak. Dia cerai Imah bukan hanya kerana pertemuan sulit Imah dengan abang, tapi kerana dia nak kahwin dengan Marlia," beri Rahimah. Mak Limah dan Pak H berpandangan.

"Jadi kau suka kalau kita mendiam kan diri sahaja walaupun Hafiz dah ceraikan kau," soal Pak Habib. Rahir mengangguk. Pak Habib menarik nafas panjang.

Hari-hari yang dilalui Rahimah rasa sangat lambat. Airmata, ombak pantai dan laut, merupakan teman setianya saat dia melayan duka. Mengapakah Hafiz bertindak begitu kejam sekali?

Tanpa diduga, Datin Khamsiah muncul pada hari raya ketiga. Kedatangan yang tidak diduga mengejutkan Rahimah. Anna dan Nini berlari-lari menyambut dan menerpa ke arah Datin Khamsiah. Selepas menciun kedua-dua cucunya, Datin Khamsiah terus memeluk Rahimah.

"Maafkan mak Imah. Mak dah tahu segala-galanya, " ujar Datin Khamsiah.

"Mak dah tahu? Tahu apa?,' soal Rahimah.

"Pasal abang kau, Halim!."

Rahimah memandang ibu dan ayahnya yang juga sedang kebingungan.

"Siapa yang beritahu mak?," soal Rahimah.

"Abang yang beritahu sendiri," tiba­-tiba Halim menyampuk di belakang­nya. "Abang dah ceritakan pada Hafiz dan Datin Khamsiah, apa yang berlaku. Abang tak mahu melihat kehancuran rumahtangga Imah berterusan. Abang bertanggungjawab atas apa yang ber­laku," ujar Halim panjang lebar.

"Mengapa Imah tak ceritakan pada mak, nak?," soal Datin Khamsiah pula. "Apa Imah nak bimbangkan, mak tak seperti yang Imah sangkakan," tangis Datin Khamsiah.

"Ini soal maruah keluarga mak. Imah, emak, abah dan abang Halim sendiri tidak mahu mencemarkan nama baik keluarga mak dengan peristiwa yang menimpa kami," ujar Rahimah.

"Kau silap Imah. Mak tak pandang itu semua. Yang mak pentingkan keju­juran dan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," ujar Datin Khamsiah. Semakin terharu Mak Limah mendengar kata- kata besannya.

"Mak mungkin boleh menerimanya, tapi Hafiz...". Datin Khamsiah memeluk menantunya kembali.

"Percayalah Imah, mak akan pujuk Hafiz untuk menjemput kau dengan anak-anak. Selepas dia tahu hal sebenarnya, mak harap dia sedar akan kesilapannya. Mak janji akan memujuk Hafiz..."

Rahimah berpegang kepada kata- kata ibu mentuanya. Biarpun hatinya sakit tetapi dia mengharap Hafiz akan datang menjemputnya, seperti janji Datin Khamsiah. Seminggu berlalu, sebulan beredar, setahun menunggu, bayang wajah Hafiz tidak kelihatan langsung. Jangankan menjemput, sepucuk surat pun tiada dikirim. Hanya surat dan wang kiriman nafkah yang diberi melalui mahkamah, tiba ke ribaan Ra himah setiap bulan. Rahimah puas menjeruk rasa. Puan memendam duka. Anna dan Nini sibuk bertanya di mana papanya. Mak Limah dan Pak Habib turut bertanya mengapa Hafiz belum datang-datang juga

"Lupakanlah Hafiz tu mak. Memang Imah dah jangka, dia ceraikan Imah bukan hanya kerana abang," ujar Rahimah perlahan. Sekarang Imah mahu lupakan segala-galanya. Imah tak mahu ingatkan dia lagi," tekad Rahimah menentang takdir hidup yang mendukakan itu. Bersama Anna dan Nini, Rahimah mendepani cabaran yang bukan sedikit pahitnya. Hinggalah dua tahun kemudian di pagi Aidilfitri Hafiz datang bersama Datin Khamsiah ke teratak buruk keluarga Rahimah.

"Abang datang nak bawa Imah pulang," lafas Hafiz lembut penuh mengharap.

Rahimah hanya mampu tersenyum sinis. Meluat dia mendengar kata-kata bekas suaminya.

"Dah terlambat bang. Kalau dua tahun dulu abang pujuk Imah, mungkin Imah boleh menerima. Tetapi sekarang, dah terlambat... " tegas Rahimah bersuara.

"Demi anak-anak kita Imah..."

"Bukan! Bukan demi anak-anak kita. Tapi demi ego abang, Imah tak sanggup hidup dengan ego abang tu," keras suara Rahimah. Hafiz tunduk me­mandang pasir pantai.

"Abang tahu abang bersalah. Kini abang menyesal Imah. Marlia bukan is­teri yang baik. Hanya kau Imah, hanya kau...," pujuk Hafiz lagi. Keras hati Ra­himah tidak terpujuk lagi. Air mata Da­tin Khamsiah juga gagal melembutkan hati Rahimah di saat itu. Akhirnya Ha­fiz pulang dengan kehampaan. Beratus­ratus pucuk surat dikirim memujuk Ra­himah, atau sesekali datang menjenguk ariak-anak, namun Rahimah tetap ber­tegas dengan pendiriannya.

Menghulurkan kata-kata maaf un­tuk Hafiz memang berat rasanya. Biar­pun dalam setiap surat yang dikirim.Hafiz terus memohon kata maaf, tetapi tidak pemah Rahi­mah membalas dan menghulurkan kemaafan itu. Hiriggalah lima belas tahun berlalu dan anak-anak meningkat dewasa, Rahimah masih tidak dapat menghulur kata maaf itu.

"Mama buat apa di sini, puas Nini cari mama," tiba-tiba anak gadisnya yang berusia sembi!an belas tahun itu. me­meluknya dari belakang. .

"Maafkan mama sayang," ujar Rahimah menatap wajah anak gadisnya.

"Kak long tak balik raya tahun ni mama?," soal gadis ma­nis itu.

"Kak long tu baru setahun di Amerika, mana boleh ba­lik," ujar Rahimah.

"Papa datang tak agaknya?," soal gadis yang keletah itu lagi.

"Entahlah Nini.."

"Kalau papa datang, mahu tak mama maafkan?," soal Nini mengharap penjelasan. Rahimah diam. Dia sedar kini, anak gadisnya itu sudah cukup dewasa untuk memahami segala-galanya. . ..

"Mama, mahu tak mama maafkan papa?," soal Nini lagi.

"Susah mama nak jawab," ujar Rahimah.

"Kesian papa, rupa-rupanya dah lima belas tahun papa minta maaf,." .
"Mana Nini tahu?"

"Maaf mama, Nini terbaca kad raya yang papa kirimkan," ujar Nini. Rahimah diam. Kemarahan berputik di ,hatinya. Tetapi dia tidak mahu menyalahkan anak gadisnya itu. Nini berhak mengetahui apa yang terjadi.

"Mama, mama maafkan tak papa?"

"Mama tak boleh jawab..:"

'Tolong maafkan papa..."

"Nini tak faham..."

"Nini faham mama. Tapi, dia kan ayah Nini...," ujar Nini memujuk." Mama sudi maafkan papa?"

Rahimah hanya mengangguk perlahan. Tetapi lafasan maaf itu masih tersengkang di kerongkongnya.

"Kalau macam tu, mari ikut Nini...," ujar gadis keletah itu memimpin tangan ibunya. Rahimah benar-benar terpe­ranjat sebaik sahaja sampai di muka pintu. Hafiz tercegat di depannya dalam keadaan yang sungguh menghibakan. Ram­but Hafiz putih sekepala, misai dan janggutnya meliar di pipi dan dagu. Renungan matanya sungguh redup dari mata­nya yang cengkung itu.

"Papa datang nak berhari raya dengan kita," ujar Nini. Kemudian gadis itu masuk semula ke dalam rumah, mem­biarkan mama dan papanya bersua muka, meluah bicara.

"Kali ini abang datang sendiri untuk meminta maaf dari Imah..." ujar Hafiz sambil menghulurkan tangan. "Mudah ­mudahan Imah sanggup maafkan abang," ujar Hafiz lagi. Rahimah tidak sampai hati membiarkan tangan Hafiz yang dihulur begitu. Dia menyambut tangan itu dengan perlahan. Namun kemaafan itu tetap sukar dilafazkan

Ayah..bagi balik tangan Ita...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Monday, November 15, 2010

Berlari bantu cegah penyakit emosi

Berlari merupakan senaman yang paling mudah, tidak memerlukan sebarang kos atau dibebani dengan sebarang kelengkapan atau peralatan. Paling istimewa, ia dapat dilakukan di mana dan bila-bila sahaja. Senaman ringkas seperti ini jika dilakukan selalu dapat menjauhkan kita daripada tekanan, depresi dan kesan negatif yang terhasil daripada menopaus dan kehamilan. Bagaimana berlari boleh memberi manfaat terhadap emosi?
# Memberi rasa ketenangan
Aktiviti berlari meningkatkan aliran darah dan ini membuatkan kita lebih tenang dalam menghadapi tekanan dan mampu "melarikan" kita dari masalah yang dihadapi serta meregangkan otot-otot. Selain itu, beta-endorphin yang dihasilkan semasa berlari dapat meningkatkan emosi kita. Sebuah kajian menunjukkan bahawa berlari adalah efektif dalam menyembuhkan depresi yang berlaku akibat ketegangan/stress.
# Meningkatkan keyakinan diri
Kajian yang dilakukan Melpomene Institute mendapati bahawa berlari dapat meningkatkan kepercayaan diri. Ini dibuktikan oleh segolongan wanita yang menjalani aktiviti berlari adalah lebih berfikiran positif terhadap diri di mana mereka mampu memberi fokus pada kekuatan tubuh berbanding penampilan tubuh mereka.
# Meningkatkan kuasa kawalan diri
Aktiviti berlari juga mampu meningkatkan emosi. Menurut kajian Universiti Melbourne, ibu hamil yang melakukan senaman ini jarang mengalami kegelisahan dan memiliki tahap psikologi dan bentuk tubuh yang lebih baik. Tetapi mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menjalani aktiviti ini.

fakta-fakta menarik...

  1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  2.  Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
  3.  Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  4.  Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  5.  Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  6.  kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  8.  Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  9.  Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  11.  Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  12.  Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  15.  Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  18.  Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. 
  19. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  20. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
    kimia.
  21. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
    lama daripada mereka yang kidal.
  22. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
    di telefon sepanjang hayatnya.
  23. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
    hidupnya.
  24. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
    Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  25. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
    iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  26. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
    melebar sebanyak 300 milimeter.
  27. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
    iaitu huruf A.
  28. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
    selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
    kawal.
  29. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
    jantung.
  30. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
    darjah Celcius.
  31. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  32. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  33. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  34. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  35. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
    telur setiap hari.
  36. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
    di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
    peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
    air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
    sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  37. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
    dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
    meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
    apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
    daripada membuat terowong bawah laut.
  38. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
    ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  39. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
    Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
    bawah paras beku pernah dicatitkan.
  40. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
    berat badannya dalam masa 36 jam.
  41. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
    kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
    kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
    ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  42. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
    boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
    lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  43. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
    sentiasa siang.
  44. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
    dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
    betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  45. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
    anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
    kopi.
  46. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
    bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
    terjun ini.
  47. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
    itu melekat pada lelangit.
  48. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
    ialah seberat 1.36 kg.
  49. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
    menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  50. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
    jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
    semasa haiwan itu melompat.
  51. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
    code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
    yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
  52. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
    pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  53. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
    menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
  54. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
    adalah satu juta bagi setiap orang.
  55. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
    tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  56. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
    puncak Menara Eiffel.
  57. Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
    bermakna `ibu negara'.
  58. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
    akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  59. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
    berapi paling besar dalam sistem solar.
  60. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
    sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  61. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
    tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
    dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
    tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
  62. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
    taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
    tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
    memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
    Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
    gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
    melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
  63. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
    daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
    berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
    lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
    dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
    sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
    kebodohan sendiri.
  64. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
    untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
    haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
    terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
    pemburu sampai.
  65. Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
    Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
    Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
    sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
    disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
    kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
    2500 SM.
  66. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
    dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
    telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
    tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
    pelbagai jenis penyakit polio.
  67. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
    Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
    menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
    berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
    dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
    lebih dewasa daripadanya.
  68. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
    mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
    untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
    Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
    menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
    manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
  69. Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
    pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
    1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
    semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
    apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.
  70. Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
    dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
    tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
    ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
    dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
    beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
  71. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
    lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
    pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
    hamil.
  72. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
    dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
    dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
  73. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
    1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
    untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
    12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
    rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
    10,000 ekor burung merpati.
  74. Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
    India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
    kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
    ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
    30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
    akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
    sebahagian besar muka bumi.
  75. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
    kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
    menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
    canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
    dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
    dilekatkan di kocek baju.
  76. Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
    kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
    US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
    US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
    US$2,000 dengan senjata konvensional.
  77. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
    pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
    kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
  78. Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
    kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
    vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
    tenaga.
  79. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
    sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
    setiap 20 minit.
  80. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
    dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
    dunia.
  81. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
    dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
  82. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
    membesar sehingga 2 meter panjang.
  83. Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
    tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
    isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
  84. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
    Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
    Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
    rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
  85. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
  86. Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
    daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
  87. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
    seorang agen insurans.
  88. Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
    menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
    1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
    sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
  89. Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
    David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.
  90. Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
    5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
  91. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
  92. Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
    7,000 orang.
  93. Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
    Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.
  94. Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
    universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
    Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
    seorang kawannya.
  95. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
    meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
  96. Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
    Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
    hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
  97. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
    takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
    mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
    mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
    masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
    miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
    terpahat di dahi.
  98. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
    begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
    cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
    cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
    bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
    maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
    sehingga ke hari ini.
  99. KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
    berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
    tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
    4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
    musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
    lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
    yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
    menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
    berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
    jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
    klinik.
  100. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
    hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
    sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
    100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
    peruntukan pembelian senjata dunia.
  101. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
    dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
    suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
    Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
    Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
    berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
    Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
    isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
    cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
    masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
    Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
  102. Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
    rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
    bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
    menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
    adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.
  103. Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
    ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
    23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
    puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
    pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
    menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
    Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
    ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
    peralatan untuk penggambaran yang paling berat.
  104. Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
    Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
    Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
    Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
    yang luarbiasa.
  105. Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
    embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
    berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
    yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
    Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
    hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.
  106. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
    Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
    getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.
  107. Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
    Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
    depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
    Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
    pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.
  108. Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
    perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
    117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
    bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.
  109. Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
    atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
    tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
    10 meter.
  110. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
    lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
  111. Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
    udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
    kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
    lebih berat di bahagian `kepala'.
  112. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
    tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
  113. Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
    dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
    dalam drama Shakespeare.
  114. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
    jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
    lubang di bumi.
  115. Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
    luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
    bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  116. Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
    itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
    ia dibawa keluar dari negara itu.
  117. Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
    akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
  118. Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
    dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
    sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
    lapisan usus.
  119. Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
    manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
    cuma lebih lebat.
  120. Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
    gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
    mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
    hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
    kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
    negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
    yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
    menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
    boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
    (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
  121. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
  122. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
    sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
    kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
  123. Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
    untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
    dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
  124. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
    manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
  125. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
    Amerika Syarikat mati tercekik.
  126. Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.
  127. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
    merah di permukaannya.
  128. Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
    berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
  129. Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
    Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
  130. Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
  131. Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
  132. Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
    jari pada manusia.
  133. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
    saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
    atau kuning.
  134. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
    mudah bangun pagi.
  135. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
    mengurangkan berat badan.
  136. Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
  137. Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
    988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
    kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
  138. Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
    pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
  139. Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
    9,350 selekoh bagi pelumbanya.
  140. Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
    sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
  141. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
    kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
  142. Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
    ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
    tidur.
  143. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
    mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
  144. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
    juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
  145. Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
    England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
    digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
  146. Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
    yang bermaksud liar atau terbiar.
  147. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
    batang rokok yang tidak dihisap.
  148. Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
    sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
  149. Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
    telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
    3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
  150. Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
    telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
  151. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
    otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
    anda. /font
  152. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
    kulit atau terbakar.
  153. Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
    Zealand.
  154. Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
    18.5 meter persegi.
  155. Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
    berat badannya dalam masa 56 hari.
  156. Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
    berbanding udara dalam suhu yang sama.
  157. Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
  158. Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

     

Risiko Kanser Mulut...

PRODUK bantuan menghentikan tabiat merokok seperti gula-gula getah nikotin, lozeng dan alat penyedut (inhaler) mungkin boleh menyebabkan pembentukan kanser mulut.
Kajian yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Britain itu menekankan penggunaan produk bantuan itu tidak harus diteruskan untuk jangka masa panjang.


“Biarpun penting untuk menggalakkan orang berhenti merokok, tetapi kajian kami mendapati kandungan nikotin di dalam gula-gula getah atau lozeng berkemungkinan meningkatkan risiko mendapat kanser mulut.
“Merokok sememangnya lebih berbahaya berbanding gula-gula getah nikotin. Tetapi, mereka yang menggunakan gula-gula ini tidak harus mengambil dos berlebihan dan perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu,” kata Muy-Teck The, ketua penyelidik dari Universiti London, Britain.
Kajian tersebut turut mengkaji aktiviti sejenis gen, FOXM1 yang biasanya terbentuk akibat faktor mutasi dalam kebanyakan tumor termasuk tumor mulut. Kadar perkembangan aktiviti FOXM1 itu boleh bertambah buruk jika terdedah

Fakta menarik mengenai coklat...

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.



Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."



Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.



Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.




Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.



Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.